Wednesday 31 October 2012

Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum...


   Hari ini aku nak cerita sikit pasal "Masalah Tekanan Darah Rendah".. Kenapa aku nak cerita pasal nie. Jawapan ye sebab kawan aku menggalami masalah tekanan darah rendah. Umur kawan aku tu baru 20 tahun tetapi ada penyakit ini. Allah tu maha kuasa. Sekarang orang muda pun boleh kena penyakit yang tak disangka.

  Tekanan darah rendah juga boleh dikenali sebagai ANEMIA.

Punca atau sebab anemia :

1) kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).

kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan,infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2) pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
    ini mungkin disebabkan oleh:

- kekurangan faktor penting seerti zat besi,vitamin b12,folat dan eritropoietin.
-  pembesaran yang mendadak bagi remaja menyebabkan penambahan keperluan zat besi di mana ianya  melebihi paras penyerapan zat besi.
- kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekuranagn zat besi.
- faktor toksik: penyakit inflamasi,kegagalan hati dan ginjal,ubat-ubatan.
- kekuranagn hormon:paras hormon tiroid rendah.
- serangan tulang sum-sum:kanser darah,penyakit tulang sum-sum.
- gangguan pembentukan sel darah merah:keadaan seperti talasemia.

3) pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
jenis anemia yang biasa berlaku ialah:
- anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- talasemia.


Tanda-tanda dan gejala anemia atau tekanan darah rendah

Ramai orang yang menghidapi anemia dan tidak mengetahui sebab-sebabnya.gejala-gejalanya termasuklah:

- keletihan setiap masa.
- pening.
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- kulit pucat.
- kadar denyutan jantung yang cepat.
- kurang daya ingatan.
- kurang berat badan.


Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah rendah..


1. AIR PUTIH
Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas sehari.



2. KOPI
Sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.


3. GARAM
Mengambil makanan yang cukup mengandungi kadar garam yang betul.


4. BAYAM
Untuk sayur, perbanyak mengambil bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Selain itu, coklat, lada, hati ayam kampung/sapi/kambing, mentega, dan keju katanya juga bagus untuk orang yang menderita tekanan darah rendah.


5. SATE KAMBING
Mengenai gambaran masyarakat yang sebahagian besar beranggapan bahawa dengan mengambil daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tekanan darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah ertinya bekalan darah tidak maksima keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening , merasa cepat lelah dan sebagainya.

   Aku harap selepas kawan aku baca blog aku nie dia akan mengambil sedikit pengajaran dari sini. Apa-apa pun aku doakan dia semoga cepat sembuh. Insya Allah..


** Makan sayur bayam banyak-banyak ye awak..hehehehe

Monday 29 October 2012

Pencerobohan...

Assalamualaikum...

     Hari ini aku nak cerita sikit pasal Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur (PTGWP) dimasuki oleh peceroboh pada hari khamis (25/10/12) minggu lepaslah kiranya. Kejadian ini berlaku di pejabat tempat aku kerja. Peceroboh itu masuk dibahagian pentadbiran di tingkat 4.

   Memang teruk sangatlah bila aku masuk bahagian pentadbiran. Walaupun hakikatnya aku bukan dibahagian itu. Aku ditempatkan dibahagian IT. Bila aku sampai je teruslah aku ke tingkat 4 utnuk punch card.Masuk-masuk je keadaan jadi mcm nie....

  
   Terkejut jugalah bila tengok keadaan macam nie. Tapi nasib baik aku nie jenis releks and cool kan. heheheh.. Tanpa aku membuang masa aku dan kak elly terus turun ke tingkat 3 iaitu kebahagian kami untuk melihat rakaman CCTV. Malangnya muka penjenayah atau kelibatnya tidak dapat dirakam oleh CCTV. Mungkin mempunyai masalah teknikal. Itu aku tak tahu la.

   Dalam masa itu juga aku sempatlah telefon kawan-kawan aku untuk bagitahu apa yang terjadi. Tapi malangnya mereka semua tak angkat phone. Mungkin tidur lagi kot. Biasanya aku sampai pejabat kul 6.30 pagi. Awalkan? (Pekerja contoh kot) hehehehe. Tapi nasib baik aku telefon siDia dapat.

   Bos di bahagian tersebut telah membuat laporan polis pada pukul 7.10 pagi. Polis tiba membuat siasatan pada pukul 11.00 pagi. Agak lama jugalah nak menunggu polis tiba. Ini lah keadaan pejabat setelah diceroboh masuk.




   Walaupun pejabat kena masuk penceroboh staff PTGWP tetap releks n cool. Apa-apa pun pihak polis yang mengambil tindakan yang seterusnya. Terima kasih kepada PDRM.


** Ali tak payah nak buat muka comel...hehehe

Wednesday 24 October 2012

Terima Kasih.....

Assalamualaikum....

       1st skali aku ucapkan trm ksh kepada diri sendiri sebab berjaya buat blog sendiri.. Hahaha...
aku ni suke baca blog org tapi blog sendiri pun takde. jadi aku mengambil keputusan untuk mencipta sendiri blog aku untuk tatapan korang semua.

       Oleh kerana ini blog pertama aku. aku ciptakn nama blog aku Releks N Cool. Aku harap bila korang baca blog aku nie korg relesk n cool je..takpayah nak tension2 sgt la..

      lagi satu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang  yang istimewa. nama dia .....(rahsia) kerana dia lah yang memberi ilham untuk aku membuat blog ini.. TERIMA KASIH kepada kasihku..hehehe. Dia juga ada blog, itu pasal la dlm hati ini ada perasaan jeles untuk mempunyai blog sendiri.

     Oh lupa plak nk perkenalkan diri aku pada korang, panggil saja aku en. zizou. sb dulu aku peminat pemain bola dari france iaitu zidane. Nama zizou nie yg bg member2 aku.Aku berumur 25 tahun. masih belum berkahwin. tp tgh menghitung hari untuk berkahwin.. Siapalah yang tak mau khawinkan?

     Ok terima kasih kepada korang semua kerana sudi singgah ke blogku ini....Apa2 yg korang tak puas hati silala comment yee.. Jangan nak malu2 sgt.. klau ada cadangan pun bolehlah tggalkan comment saudara saudari..TERIMA KASIH...


**Jgn Tension2 ok? relesk n cool je..mcm aku....yeaaaaahhhh!!!!!!!