Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya.
Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku
membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari
lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi
hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir
antara mereka.
Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah.
Bapa Gadis : Oh.
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara.
Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke
malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami
naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya
cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah.
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu.
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni.
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu
yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami,
kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan
si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya.
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah).
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak.
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa.
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti)
Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut
makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak
tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot.
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err.
Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi.
Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup
aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi
kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia.
Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis
dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa. itu barulah berbaloi
100 ribu pun saya sanggup bayar.
Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah
mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata
bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap
tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk
menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati
menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan
anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang
pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak
perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya
hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama
perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang
melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka
sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik,
saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok
lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik
nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat
dosa.
Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada
perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam.
Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik.
Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita
terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu.
Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan
saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar
nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang
meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa
menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak
diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk
menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan
nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu
pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan
sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik
sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak
bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami
nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok
saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin
pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu
yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni
ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err....
berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi
sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm. Kamu ni peliklah.
Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang.
Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya
dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. ” (an Nur 32). Takkan la
kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau
makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh
menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah
disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera
bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan
bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman
sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan
persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa
orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena
tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik
tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan
kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik.
Hehe....Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang
walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu
cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya
pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat
tengok.
Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan
nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa
dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang
camtu.
Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah
Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang
membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah
pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan
rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si
gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas
memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis
melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di
pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si
gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai
bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna
terhadap ayahnya.
Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm. ntahlah, tak
tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan
tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.
" :)”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
TAMAT
Monday, 21 January 2013
Monday, 7 January 2013
Wanita Tua Masuk Islam Kerana Budak Kecil
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. insyaAllah
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam
credit to: Islam Itu Suci
Thursday, 3 January 2013
Sekadar Menulis...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Lepas tahun baru aku diberi rehat selama 3 hari untuk memikirkan masa depan. Apa ye agaknya perancangan aku? Bilalah agaknya aku memperolehi kerja yang tetap. Sekadar kontrak je aku nie. Susah sungguh untuk mencari kerja zaman sekarang ni. Belajar tinggi-tinggi pun tak ada gunanya. Persaingan terlalu tinggi.
Aku berharap sangat dapat kerja dengan sektor kerajaan. Tapi rezeki itu hanya Allah je tahu dimana dan bila waktu sampainya kepada aku. Mungkin suatu hari nanti Insya Allah.. Walaupun aku kerja hanya sebagai kontrak je tapi aku bersyukur sebab ramai lagi orang diluar sana yang tidak mempunyai pekerjaan seperti aku.
Nampak gambar diatas nie? Kerja aku lebih kurang macam nie la. Sebab aku kerja sebagai juruteknik komputer. Kerjanya agaklah mudah bagi yang mahir menggunakan komputer tapi macam aku ni tak ada basic apa2 pun pasal komputer. Setelah aku masuk kerja disini banyak yang aku pelajari tentang komputer. Sebenarnya cukup mudah untuk memahami komputer nie.
Aku mulanya memang tak reti langsung pasal komputer, sampaikan format komputer pun aku hantar kedai. Dahlah kena bayar RM 50 - RM70 je itupun untuk format sahaja. Sebebnarnya format komputerlah yang paling senang sekali. Sekarang semuanya aku buat sendiri. Alhamdulillah sebab aku mempunyai ilmu ini. Terima kasih kepada Juruteknik tempat aku bekerja yang telah banyak membantu aku dan mengajar aku.
Jadi kepada korang semua. kalau korang nak Format komputer. Belajarlah melalui internet. Rugilah kalau korang hantar kekedai untuk format komputer. Korang tak perlu takut untuk mencuba sendiri. Yakin pada diri korang. Mesti korang boleh buat. Malaysia Boleh!! tak akan korang tak boleh? boleh tak? Good Luck untuk yg ingin mencuba format komputer.
** Belajarlah untuk mencari ilmu yang baru dan berusahalah untuk mendapatkan ilmu itu. Sesungguhnya ilmu tidak datang kepada kamu tetapi kamu yang datang kepada ilmu itu.
Lepas tahun baru aku diberi rehat selama 3 hari untuk memikirkan masa depan. Apa ye agaknya perancangan aku? Bilalah agaknya aku memperolehi kerja yang tetap. Sekadar kontrak je aku nie. Susah sungguh untuk mencari kerja zaman sekarang ni. Belajar tinggi-tinggi pun tak ada gunanya. Persaingan terlalu tinggi.
Aku berharap sangat dapat kerja dengan sektor kerajaan. Tapi rezeki itu hanya Allah je tahu dimana dan bila waktu sampainya kepada aku. Mungkin suatu hari nanti Insya Allah.. Walaupun aku kerja hanya sebagai kontrak je tapi aku bersyukur sebab ramai lagi orang diluar sana yang tidak mempunyai pekerjaan seperti aku.
Nampak gambar diatas nie? Kerja aku lebih kurang macam nie la. Sebab aku kerja sebagai juruteknik komputer. Kerjanya agaklah mudah bagi yang mahir menggunakan komputer tapi macam aku ni tak ada basic apa2 pun pasal komputer. Setelah aku masuk kerja disini banyak yang aku pelajari tentang komputer. Sebenarnya cukup mudah untuk memahami komputer nie.
Aku mulanya memang tak reti langsung pasal komputer, sampaikan format komputer pun aku hantar kedai. Dahlah kena bayar RM 50 - RM70 je itupun untuk format sahaja. Sebebnarnya format komputerlah yang paling senang sekali. Sekarang semuanya aku buat sendiri. Alhamdulillah sebab aku mempunyai ilmu ini. Terima kasih kepada Juruteknik tempat aku bekerja yang telah banyak membantu aku dan mengajar aku.
Jadi kepada korang semua. kalau korang nak Format komputer. Belajarlah melalui internet. Rugilah kalau korang hantar kekedai untuk format komputer. Korang tak perlu takut untuk mencuba sendiri. Yakin pada diri korang. Mesti korang boleh buat. Malaysia Boleh!! tak akan korang tak boleh? boleh tak? Good Luck untuk yg ingin mencuba format komputer.
** Belajarlah untuk mencari ilmu yang baru dan berusahalah untuk mendapatkan ilmu itu. Sesungguhnya ilmu tidak datang kepada kamu tetapi kamu yang datang kepada ilmu itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)