Assalamualaikum...
Hari ini aku nak cerita sikit pasal Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur (PTGWP) dimasuki oleh peceroboh pada hari khamis (25/10/12) minggu lepaslah kiranya. Kejadian ini berlaku di pejabat tempat aku kerja. Peceroboh itu masuk dibahagian pentadbiran di tingkat 4.
Memang teruk sangatlah bila aku masuk bahagian pentadbiran. Walaupun hakikatnya aku bukan dibahagian itu. Aku ditempatkan dibahagian IT. Bila aku sampai je teruslah aku ke tingkat 4 utnuk punch card.Masuk-masuk je keadaan jadi mcm nie....
Terkejut jugalah bila tengok keadaan macam nie. Tapi nasib baik aku nie jenis releks and cool kan. heheheh.. Tanpa aku membuang masa aku dan kak elly terus turun ke tingkat 3 iaitu kebahagian kami untuk melihat rakaman CCTV. Malangnya muka penjenayah atau kelibatnya tidak dapat dirakam oleh CCTV. Mungkin mempunyai masalah teknikal. Itu aku tak tahu la.
Dalam masa itu juga aku sempatlah telefon kawan-kawan aku untuk bagitahu apa yang terjadi. Tapi malangnya mereka semua tak angkat phone. Mungkin tidur lagi kot. Biasanya aku sampai pejabat kul 6.30 pagi. Awalkan? (Pekerja contoh kot) hehehehe. Tapi nasib baik aku telefon siDia dapat.
Bos di bahagian tersebut telah membuat laporan polis pada pukul 7.10 pagi. Polis tiba membuat siasatan pada pukul 11.00 pagi. Agak lama jugalah nak menunggu polis tiba. Ini lah keadaan pejabat setelah diceroboh masuk.
Walaupun pejabat kena masuk penceroboh staff PTGWP tetap releks n cool. Apa-apa pun pihak polis yang mengambil tindakan yang seterusnya. Terima kasih kepada PDRM.
** Ali tak payah nak buat muka comel...hehehe
releks n cool jee awak ni..gud lah :)
ReplyDeleteby: kasih