Wednesday 31 October 2012

Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum...


   Hari ini aku nak cerita sikit pasal "Masalah Tekanan Darah Rendah".. Kenapa aku nak cerita pasal nie. Jawapan ye sebab kawan aku menggalami masalah tekanan darah rendah. Umur kawan aku tu baru 20 tahun tetapi ada penyakit ini. Allah tu maha kuasa. Sekarang orang muda pun boleh kena penyakit yang tak disangka.

  Tekanan darah rendah juga boleh dikenali sebagai ANEMIA.

Punca atau sebab anemia :

1) kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).

kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan,infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2) pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.
    ini mungkin disebabkan oleh:

- kekurangan faktor penting seerti zat besi,vitamin b12,folat dan eritropoietin.
-  pembesaran yang mendadak bagi remaja menyebabkan penambahan keperluan zat besi di mana ianya  melebihi paras penyerapan zat besi.
- kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekuranagn zat besi.
- faktor toksik: penyakit inflamasi,kegagalan hati dan ginjal,ubat-ubatan.
- kekuranagn hormon:paras hormon tiroid rendah.
- serangan tulang sum-sum:kanser darah,penyakit tulang sum-sum.
- gangguan pembentukan sel darah merah:keadaan seperti talasemia.

3) pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
jenis anemia yang biasa berlaku ialah:
- anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- talasemia.


Tanda-tanda dan gejala anemia atau tekanan darah rendah

Ramai orang yang menghidapi anemia dan tidak mengetahui sebab-sebabnya.gejala-gejalanya termasuklah:

- keletihan setiap masa.
- pening.
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- kulit pucat.
- kadar denyutan jantung yang cepat.
- kurang daya ingatan.
- kurang berat badan.


Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah rendah..


1. AIR PUTIH
Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas sehari.



2. KOPI
Sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat.


3. GARAM
Mengambil makanan yang cukup mengandungi kadar garam yang betul.


4. BAYAM
Untuk sayur, perbanyak mengambil bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Selain itu, coklat, lada, hati ayam kampung/sapi/kambing, mentega, dan keju katanya juga bagus untuk orang yang menderita tekanan darah rendah.


5. SATE KAMBING
Mengenai gambaran masyarakat yang sebahagian besar beranggapan bahawa dengan mengambil daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tekanan darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah ertinya bekalan darah tidak maksima keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita boleh pucat (anemia), pening , merasa cepat lelah dan sebagainya.

   Aku harap selepas kawan aku baca blog aku nie dia akan mengambil sedikit pengajaran dari sini. Apa-apa pun aku doakan dia semoga cepat sembuh. Insya Allah..


** Makan sayur bayam banyak-banyak ye awak..hehehehe

1 comment:

  1. terima kasih en.zizou beri informasi yang sangat baik ni. InstaAllah.. ambil pengajaran dan nasihat tuu.. thank you

    ReplyDelete