Monday 5 November 2012

Dugaan Ketika SPM

Assalamualaikum..

   Hari ini bermulanya peperiksaan SPM.Peristiwa ini membuatkan aku teringat kembali zaman sewaktu aku mengambil peperiksaan SPM. Banyak kisah yang terjadi sewaktu aku di tingkatan 5. Peristiwa ini tidak mungkin aku dapat lupakan.

   Antara peristiwa yang aku masih ingat adalah bermulanya bulan april tahun 2004. Aku dikejutkan dengan kehadiran abang aku disekolah. Abang aku terus masuk ke kelas aku dan berjumpa dengan cikgu bahasa inggeris yang sedang mengajar aku. Aku pun telah dipanggil oleh abang aku untuk diberitahu bahawa adik bongsuku telah pergi buat selamanya.

   Waktu tu aku terasa bingun. Aku tidak percaya apa yang berlaku. Sesampai je aku ke rumah. aku terlihat wajah ayahku yang teramat sedih sekali. Ayahku amat menyanyangi adik bongsuku kerana adik bongsuku ada seorg yang istimewa ( OKU ). Sejak adik bongsuku lahir kedunia, rezeki ayahku begitu besar. Allah maha pemurah.

   Aku pun turut sedih ketika itu. sempat jugalah aku bacakan yasin hampir 4 kali untuk adikku. Setelah jenazah adikku selesai dikebumikan. Ayah aku mula jatuh sakit. Kata orang ayahku dibuat orang ( santau ). Tetapi hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Mana tidaknya ayahku pergi ke hospital, doktor mengatakan bahawa ayah ku sihat, padahal ketika itu ayahku batuk berdarah. tetapi itu semua kuasa Allah S.W.T.

   Setelah 7 bulan ayahku menderita sakit, akhirnya ayahku pergi juga untuk selamanya. Sewaktu ayahku pergi adalah malam ahad, jam 11.45 malam. Hari isninnya aku menduduki peperiksaan SPM. Korang bayangkan mcm mana keadaan aku ketika itu? adik dan ayahku pergi dalam tahun yang sama. Begitu besar Allah menguji hambanya. Pada hari isninnya aku tidak mahu pergi mengambil SPM. Tetapi ibu ku telah memujuk aku. Akhirnya aku akur dengan pujukkan ibuku. Aku pun pergi dengan keadaan yang sedih.

   Kawan-kawan aku juga memberi kata-kata semangat kepada aku. Syukur, Alhamdulillah sebab aku mempunyai kawan-kawan yang baik. Tetapi sewaktu didalam dewan peperiksaan aku tidak fokus kepada kertas periksa. Aku lebih banyak termenung dari membuat soalan periksa. Begitulah hari-hari berikutnya. Aku tidak study dan lebih banyak termenung.

   Tiba hari keputusan SPM. Aku dah dapat jangka keputusan SPM aku. Hanya sekadar lulus sahaja. Tapi alhamdulillah, keputusan boleh dikatakan memuaskan juga. Kalau nak minta masuk ke universiti memang tak la. Aku hanya meminta untuk masuk ke politeknik. Syukur, alhamdulillah politeknik pun terima aku sebagai student.

   Begitu besar dugaan yang Allah berikan kepada aku pada tahun 2004. Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Mungkin inilah hikmahnya jika seseorang itu menerima ujian yang diberikan oleh Allah.dengan ikhlas. Insya Allah..

   Pengajaran yang boleh dapat dalam cerita aku ni ialah bersabarlah selagi boleh sabar dan terima dengan ikhlas ujian yang diberikan oleh Allah. Semoga segala ujian yang diberikan oleh Allah ada hikmahnya. Insya Allah.. Paling penting sekali mesti releks n cool.


** Al-Fatihah untuk arwahyarhamah adikku Nurul Asyikin bt Mustakin dan arwahyarham ayahku Mustakin bin Salamat




1 comment: