Thursday, 22 November 2012

10 Stadium Bola Sepak Terbesar di Dunia

Assalamualaikum...


   Hari nie aku nak memperkenalkan kepada korang semua yang kaki bola, stadium yang terbesar didunia.




1.  Estadio Azteca di Mexico City, Mexico
Kapasiti: 105,000 penonton
Mula dibuka: 1966
Stadium ini sudah dua kali menjadi medan kejohanan Piala Dunia.  Kini, stadium ini menjadi markas rasmi pasukan kebangsaan Mexico dan Kelab Amerika.








 2. Azadi Stadium di Tehran, Iran
Kapasiti: 100,000 penonton
Mula dibuka: 1971
Stadium ini ialah gelanggang pertandingan bola sepak yang terbesar di Asia Barat. Dua kelab tempatan iaitu Esteghlal FC dan Persepolis, serta pasukan kebangsaan berpangkalan di sini.





 3. Camp Nou di Barcelona, Sepanyol
Kapasiti: 99,000 penonton
Mula dibuka: 1957
Wajarlah sekiranya kelab yang bertandang ke Camp Nou berasa gerun apabila melihat betapa besarnya kapasiti penyokong Barcelona yang bakal hadir. Apatah lagi, ini adalah stadium milik kelab yang terbesar di dunia.







4. Maracana, Rio de Janeiro, Brazil
Kapasiti: 95,000 penonton
Mula dibuka: 1950
Nama rasmi stadium ini ialah Estádio Jornalista Mário Filho. Ia pernah menampung penonton yang melebihi kapasiti iaitu seramai 210,000 orang yang hadir menyaksikan Brazil menentang Uruguay pada Piala Dunia 1950. Stadium ini milik Pemda Rio de Janeiro.





 5. Wembley di London, England
Kapasiti: 90,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Stadium milik Persekutuan Bola Sepak Inggeris ini didirikan di atas tapak Stadium Empire yang dibina pada 1923.  Setelah dirobohkan pada 2003, stadium yang terkenal dengan menara kembarnya itu, digantikan dengan Wembley.







 6. Westfalenstadion di Dortmund, Jerman
Kapasiti: 80,500 penonton
Mula dibuka: 1974
Stadium milik kelab tempatan Borussia Dortmund ini adalah yang berbesar di Jerman. Stadium yang sering digelar sebagai "Kuil Dinding Kuning" ini pernah digunakan sebagai gelanggang Piala Dunia dan Piala Eropah.







 7. Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol
Kapasiti: 80,400 penonton
Mula dibuka: 1947
Stadium ini dimiliki oleh Real Madrid iaitu musuh sejati Barcelona. Semua tempat duduk di stadium ini bertutup.  Pengurusan Madrid merancang untuk membina bumbung yang boleh dibuka dan ditutup di seluruh stadium.







 8. Estadio Monumental di Lima, Peru
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2000
Stadium milik kelab tempatan Universitario de Deportes ini menggantikan stadium lama, Teodoro Lolo Fernandez.  Ceritanya sama seperti mana Wembley menggantikan Empire di Britain. Stadium ini menjadi medan di mana berlangsungnya perlawanan melibatkan pasukan tempatan termasuk Universitario de Deportes.







 9.  Giuseppe Meazza / San Siro di Milan, Itali
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 1926
Stadium milik Kerajaan Milan ini adalah markas dua kelab terunggul Itali iaitu Inter Milan dan AC Milan. Bahagian timur stadium ini akan ditambah setingkat lagi bagi meningkatkan kapasitinya untuk menampung 125,000 penonton.







 10. The Borg El Arab di Kaherah, Mesir
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Ini adalah stadium terbesar di Afrika, khusus untuk acara bola sepak.  Ia ibu pejabat pasukan kebangsaan Mesir dan digunakan untuk final liga tempatan.  Stadium ini dibina berikutan tawaran Mesir untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment