Thursday 22 November 2012

Selamat Datang Nur Zulaikha Tasnim

Assalamualaikum...


   Tanggal 21 November 2012 tepat jam 11.20 pagi, lahirnya seorang baby perempuan yang seberat 3.25kg. Berwajah seperti Papanya. Lahirnya dia memberi kebahagiaan kepada Papa dan Mamanya. Syukur, alhamdulillah semuanya selamat. Dilahirkan secara normal.


   Nama diberi Nur Zulaikha Tasnim yang bermaksud Cahaya ( Nur ) Kecantikkan yang menawan ( Zulaikha ) Air di Syurga Mengalir Dari Atas ( Tasnim ). Sungguh indah nama yang dibei oleh Papa dan Mamanya. Selamat datang kedunia wahai Zulaikha. Pakteh disini mendoakan kamu menjadi anak yang solehah dan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah...






   Gambar anak buah aku tak dapat disiarkan kerana baru-baru ini aku telah menghadiri kursus Jenayah Siber. Ada beberapa faktor atau perkara kita tidak boleh berkongsi gambar keluarga kita atau maklumat peribadi di alam maya kerana mungkin pengguna siber boleh mencuri atau menggunakan gambar kite untuk melakukan jenayah. Jadi aku terpaksa berwaspada.


   Hanya gambar sekadar hiasan sahaja yang dapat aku letak di blog aku ini. Kepada abang aku Mohd Zulfadli dan isterinya Suhaifie tanhiah aku ucapkan kepada korang kerana mendapat cahaya mata yang sulung. Harap - harap selepas ini Zulaikha mempunyai adik lagi. Hehehe.. Selamat berjaga malam...


   Hadiah untuk baby akan diberi selepas dapat gaji..hehehe...Kepada baby, cepat-cepatlah membesar kerana boleh bermain dengan kakak sepupu iaitu Illya Maisara. Kesian dekat illya tak ada kawan untuk bermain.



    ** Alhamdulillah, seluruh keluarga aku berasa gembira mendapat ahli keluarga yang baru.. :)

  

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. congratutlation. :) comei bby tuh ! ehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. trm kasih cik nad...pakcik dia pun comei...hehehehe

      Delete