Monday, 31 December 2012

Azam Tahun 2013

Assalamualaikum....


   Sempena malam tahun baru 2013 nie. Apa korang punya azam? Aku punya azam tahun lepas tidak tercapai tetapi azam tahun 2013 telah tercapai.. Mesti korang semua pelikkan apa yang aku maksudkan. Al-kisahnya macam nie. Azam tahun 2012 aku adalah untuk mengguruskan badan yang terlalu BUNCIT nie.






   Azam untuk tahun 2012 aku tidak tercapai dibuatnya. Tetapi azam 2013 telah ku capai dengan jayanya. Azam aku untuk tahun 2013 adalah untuk mendapatkan seorang kekasih hati. Belum sempat masuk tahun 2013 aku telah berjaya mencari kekasih hati aku.hehehe..Tahniah buat diriku sendiri...





   Aku pun tak sangka yang aku akan mendapat kekasih seawal tahun 2012. Aku nie bukanlah seorang yang hensem atau kacak tapi manis tu tetap ada. Hehehehe...Aku nie nak kata kurus memang taklah. memang bada aku sedikit gempal< perut kedepan sikit. Tapi tak sangkakan orang macam aku pun ada perempuan berkenan..


   Aku jangka selepas aku mengguruskan badan barulah aku nak mencari seseorang untuk dijadikan isteri tapi jodoh telah pertemukan aku dengan sidia.. Alhamdulillah..syukur sangat aku mengenali dia. Terima kasih sebab sudi menerima aku dalam keadaan yang tak berapa kurus ni. Berbalik kepada azam tahun 2012 aku telah tundakan ke tahun 2013. Jadi tahun 2013 azam aku adalah untuk "mengguruskan diri ini". Aku harap dia memberi sokongan dan dorongan kepada aku.


    Aku target bulan 5 aku da boleh guna seluar saiz 32. Harap-harap lah jadi kenyataan. Banyak sebab aku nak kurus. Yang pertama sudah tentulah untuk menjaga kesihatan diri dan yang paling penting adalah untuk menjaga imej akulah.hehehehe. Siapa yang nak gemuk time bersanding nanti? Tentunya tiada siapa yang mahukan?Begitu juga dengan aku.


   Aku harap aku punya impian nie menjadi kenyataan. Doa-doakanlah azam tahun 2013 nie menjadi satu kenyataan. Oklah sampai disinilah entry aku buat masa ini. Kepada korang semua apa azam tahun baru 2013 nie? Sama2lah kite menjadikan azam kite satu kenyataan. Insya Allah......




   **AZam tahun baru sidia apa ye agaknya????


Saturday, 29 December 2012

Game Online....

Assalamualaikum...


   Hari ini aku nak cerita sikit pasal game online yang aku sering main ketika aku tanam anggur dahulu.. CABAL SEA adalah game online pertama yang aku main setelah aku tamat dari pengajian aku. Mula-mula game ini diperkenalkan oleh abang aku. Pada mulanya dia mengajak aku dan adik aku untuk bermain game ini. Aku tengok memang agak membosankan. Tapi kalau dah setiap hari aku tengok abang dan adik aku main tentunya aku ada niat untuk bermain juga.






  
   Aku pun cubalah untuk cuba main game nie. Memang agak menarik jugalah game nie. Boleh jadi gian jugalah dibuatnya. Game ini mempunyai 6 jenis hero iaitu Warrior, Force Blader, Force Archer, Force Shielder, Wizard dan Blader. Hero yang aku guna adalah Warrior iaitu hero yang memakai pedang besar untuk menentang musuh.


   Lebih kurang 3 tahun aku main CabalSea ni. Lama-Kelamaan aku agak bosan jugalah dengan game nie. Aku mula bermain secara tipu iaitu hack menggunakan cabal rider yang dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mula-mula aku menggunakan software ini tidak kantoi oleh pihak asiasoft. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


  Hero atau watak yang aku guna kena block/sekat oleh pihak asiasoft kerana mendapati aku menggunakan cabal rider untuk bermain secara haram.. Sejak mulai saat itulah aku stop bermain game ini lagi. Sekarang kawan baik aku pulak mengajak aku untuk bermain semula game online iaitu Ragnarok 2 oline sea.






   Akan ku cuba untuk bermain game ini pilak.hehehehe..Tapi masalahnya game ragnarok 2 sea ini akan bermula pada 3/1/2013. Iaitu tahun hadapan.. Oklah sampai kat sini dulu entry aku untuk hari ini. Kalau game ini best akan ku update semula dalam blog aku ini. Terima kasih.............



**Sila baca dalam keadaan releks n cool ye..hehehehehehe..........  

Wednesday, 26 December 2012

Hari Yang Memenatkan....Terima Kasih, KASIH

Assalamualaikum.....


   Hari yang sungguh memenatkan. Penat-penat aku pun sempat lagi tulis entry aku untuk hari ini.. Korang semua macam mana dengan hari ini? mungkin hari yang terbaik untuk korangkan? Hari ini bagi aku kurang best sikit sebab memang dah tahu yang hari ini aku banyak kerja kena buat.. Serius penat giler..


  Pagi-pagi lagi aku telah diarahkan oleh bos aku untuk menggedarkan printer baru kepada user yang terpilih sahaja Lebih kurang 30 biji kami juruteknik komputer kena edarkan. Berbalik pada hari ini aku pagi tadi dapat berita yang buatkan aku sedikit seidhlah sebab buah hati aku nak balik ipoh pada hari ini. Ermm... Dia balik pun sebab ada tujuan. Aku paham..jgn bimbang ye Kasih..


   Mula-mula dia kata kat aku yang dia nak balik hari rabu tapi setelah aku pujuk dia, dia setuju nak balik hari khamis..Dia sebenarnya cuti belajar selama seminggu. Minggu depan baru dia mula kelas balik. Dia balik awal pun sebab dia lupa nak bawa balik dia punya assignment jadi dia terpaksa balik awal..


   Tapi pagi tadi dia tiba-tiba whatsapp aku yang dia terpaksa balik hari ini sebab kawan dia dari johor balik ipoh dan kunci rumah ada dekat dia. Jadi dia terpaksa lah balik hari ini juga.. Sedih jugalah dengar dia kata terpaksa dia balik hari nie juga...Sempat jugalah aku berjumpa dia waktu lunch tadi. Alhamdulillah..Terima Kasih kepada dia sebab sudi datang pejabat aku dan bagi Udang masak apa ntah..Terima Kasih sangat-sangat, walaupun aku tak dapat rasa udang tersebut. Mesti sedapkan udang masak Pelik tu.hehehehhe..


   Aku doakan dia semoga selamat sampai ke rumah sewa dia di ipoh tu... Jalan hati-hati yer Kasih....
Penat aku pun hilang bila dapat melihat wajah dia yang manis..Take care ye Kasih.... Semoga assignment sempat siap sebelum kelas bermula semula. Sambil aku menaip entry nie aku sempat melayan lagu nasyid dari opick. Memang best lagu-lagu nasyid dia nie. TERBAIK....


Monday, 24 December 2012

Tak Akan Menjadi Bentuk Asal...

Assalamualaikum....


   Lebur duit RM70 sebab ketuk kereta semalam.. Bentuk dah xjadi seperti asal dah.. Macam dah tak berapa best. Terpaksalah aku buat bodykit untuk kereta aku..  Terima kasih kepada Yaya kerana sudi menemankan abang ketuk kereta semalam... Waktu aku tengok kereta aku semalam diketuk oleh mekanik, terasa sakitnya hati seperti dia memukul diriku..


   Teruk jugalah kereta aku diketuk oleh mekanik tu. bercalar balar dibuatnya. Aku malas nak buat cat sekali sebab ketuk dengan cat semua sekali RM300. Mahal giler kot.. Jadi aku ambil keputusan untuk ketuk sahaja. Kira kalau tengok balik tak adalah calar teruk sangat kereta aku tu..


   20minit jugalah kereta aku siap diketuk. Aku betul-betul terlupa nak minta resit dari bengkel tersebut. Kalau tak bolehlah aku claim balik duit aku kat kawan-kawan aku. Walau macam mana pun aku try je minta dari diorg duit repair ketuk.hehehehe...


   Lepas aku ketuk kereta aku dengan buah hati aku pun pergi tengok wayang. Cerita yang kami tengok ialah Jack Reacher..Agak bosan jugalah cerita yang kitaorang tengok nie. Tapi nie bagi aku lah pada 5 bintang aku bagi 3 bintang je..



   Bagi sesiapa yang nak menonton cerita nie..Selamat menonton ok?

Friday, 21 December 2012

Terguris Hati Ini.....

Assalamualaikum...


   Hati terluka siapa yang tahu, Allah saja yang tahu... 20120212 tarikh yang membuat hati aku tergulis yang teramat sangat.. Benda yang kita sayang tp telah di rosakkan oleh orang lain.


   Kecewa rasanya hari ini. Tiada selera makan, malas melakukan aktiviti harian.. Aku jaga dan belai dengan kasih sayang tapi telah rosak dilakukan oleh orang lain. Hancur hatiku..Serius aku memang sakit hati. Baru aku tahu macam mana perasaan orang lain bila benda yang disayang dirosakkan oleh orang lain.


    Mungkin segalannya ada hikmah disebalik semuanya ini. Semalam aku dapat khabar yang tidak mengembirakan dari rakan sekerja ku. Bila waktu lunch aku naik ke tingkat 4. Kawan aku menyapa aku dengan penuh kemaafan. Aku terkejut waktu itu.. Aku dapat agakkan bahawa benda yang aku bagi pinjam kan kepada mereka mengalami kerosakkan. Pada mulanya aku sangkakan mereka bergurau sahaja denganku. Sebab kawan-kawan aku suke menggenakan aku.


   Tapi bila dari nada dia bercakap memang serius lalu aku mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah iaitu LG. Aku tengok dengan hati yang luluh.. Adoii hikmah apa yang nak Kau berikan ya Allah..
Disebabkan aku ni releks n cool je orangnya. aku terima dengan seadanya. Insya Allah mesti ada hikmah disebaliknya.


   Aku pun bercakap kepada kawanku. " benda da jadi nak buat macam mana? Aku nak marah pun tak ada gunanya." Tu la satu - satu perkara yang aku sebutkan kepada dia. Aku tau dia berasa bersalah dengan kejadian itu.. Dia pun ada menggatakan yang dia dan rakan-rakan lain aku menanggung kerugian itu. Aku terasa bersalah juga kepada mereka.. Tapi nak buat macam manakan, aku sendiri tak cukup duit.


   Memang mood aku semalam memang tak baik. Nasib baiklah kawan aku tenangkan aku. tak apalah benda da jadi aku pun malas la nak ambil kira sangat. Tapi bila tengok je benda ini hati aku terasa terguris je.
sedih rasanya..Esok mungkin aku gie ketuk balik benda yang ad kemek itu. Aduhai keretaku.. Kesiannya engkau..











   # Pengajaran yang dapat disini jagalah harta orang lain dengan baik bila seseorang itu memberi pinjam barang dengan korang dengan cara yang baik.

Wednesday, 19 December 2012

Karangan Budak Darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Monday, 17 December 2012

Semoga Berjaya

Assalamualaikum...


   Selamat pagi kepada yang membaca blog ku nie pada waktu pagi.. Kepada budak-budak Politeknik seluruh Malaysia selamat memulakan semester baru dengan azam yang baru. Aku juga dulu belajar di Politeknik Shah Alam. Kepada adik-adik junior hormatilah senior-senior anda semua..


   Pada student yang sem 5, Tahniah aku ucapkan kepada anda semua yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri. Pada zaman aku dulu lepas tamat latihan industri masih ada lagi masa sebulan untuk menyiapkan report LI untuk di interview oleh pensyarah. Tapi sekarang berbeza dengan dulu. Sekarang student habis je latihan industri, mereka diberi masa seminggu @ 2 minggu sahaja untuk menyiapkan laporan LI.


   JAdi nasihat aku kepada korang siapkan lah laporan LI sewaktu korang tengah menjalani LI kerana jika disiapkan awal tiadalah kelam kabut dibuatnya bila dah start semester baru. Nasihat ini aku tujukan kepada student Politeknik semua bukan untuk Sidia sahaja..hehehehe...






   Kepada yaya..semoga berjaya dalam pelajaran. dapatkan pointer 3.5 ke atas ok..? ingatkan cara untuk blajar macam mana? Good luck..Abang disini sentiasa akan mendoakan yaya...  

Wednesday, 12 December 2012

Beauty of Math!

Beauty of Math!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


---------------------------------------------------------


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

---------------------------------------------------------------


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888

Brilliant, isn't it?


---------------------------------------------------------

And look at this symmetry:


1 x 1 = 1

11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321


------------------------------------------------------------


Now, take a look at this...


101%


From a strictly mathematical viewpoint:


What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are
giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants
you to GIVE OVER 100%
.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:



If:

A B C D E F G H I J K L M N O
P Q R S T U V W X Y Z


Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.



If:

H-A-R-D-W-O-R- K


8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E


11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%




THEN,
look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D


12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%



Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge
will get you close, and Attitude
will get you there,
It's the Love of God that will

put you over the top!

Friday, 7 December 2012

Kek Dengan Bentuk Yang Menarik

Assalamualaikum...


   Hari ni aku nak tunjukkan kepada anda semua bentuk-bentuk kek yang amat menarik perhatian.. Tak sanggup nak makan kek yang hiasannya yang cantik.. Sedap tak sedap belum tentu lagi.. jom kita lihat kek yang cool nie....

















































   Macam mana? Cool tak kek-kek nie.. Sanggupkah anda memakannya... Kepada sidia pilih kek mana nak dibuat sebagai hantaran..hehehehehe......