Monday, 31 December 2012

Azam Tahun 2013

Assalamualaikum....


   Sempena malam tahun baru 2013 nie. Apa korang punya azam? Aku punya azam tahun lepas tidak tercapai tetapi azam tahun 2013 telah tercapai.. Mesti korang semua pelikkan apa yang aku maksudkan. Al-kisahnya macam nie. Azam tahun 2012 aku adalah untuk mengguruskan badan yang terlalu BUNCIT nie.






   Azam untuk tahun 2012 aku tidak tercapai dibuatnya. Tetapi azam 2013 telah ku capai dengan jayanya. Azam aku untuk tahun 2013 adalah untuk mendapatkan seorang kekasih hati. Belum sempat masuk tahun 2013 aku telah berjaya mencari kekasih hati aku.hehehe..Tahniah buat diriku sendiri...





   Aku pun tak sangka yang aku akan mendapat kekasih seawal tahun 2012. Aku nie bukanlah seorang yang hensem atau kacak tapi manis tu tetap ada. Hehehehe...Aku nie nak kata kurus memang taklah. memang bada aku sedikit gempal< perut kedepan sikit. Tapi tak sangkakan orang macam aku pun ada perempuan berkenan..


   Aku jangka selepas aku mengguruskan badan barulah aku nak mencari seseorang untuk dijadikan isteri tapi jodoh telah pertemukan aku dengan sidia.. Alhamdulillah..syukur sangat aku mengenali dia. Terima kasih sebab sudi menerima aku dalam keadaan yang tak berapa kurus ni. Berbalik kepada azam tahun 2012 aku telah tundakan ke tahun 2013. Jadi tahun 2013 azam aku adalah untuk "mengguruskan diri ini". Aku harap dia memberi sokongan dan dorongan kepada aku.


    Aku target bulan 5 aku da boleh guna seluar saiz 32. Harap-harap lah jadi kenyataan. Banyak sebab aku nak kurus. Yang pertama sudah tentulah untuk menjaga kesihatan diri dan yang paling penting adalah untuk menjaga imej akulah.hehehehe. Siapa yang nak gemuk time bersanding nanti? Tentunya tiada siapa yang mahukan?Begitu juga dengan aku.


   Aku harap aku punya impian nie menjadi kenyataan. Doa-doakanlah azam tahun 2013 nie menjadi satu kenyataan. Oklah sampai disinilah entry aku buat masa ini. Kepada korang semua apa azam tahun baru 2013 nie? Sama2lah kite menjadikan azam kite satu kenyataan. Insya Allah......




   **AZam tahun baru sidia apa ye agaknya????


No comments:

Post a Comment