Assalamualaikum.....
Hari yang sungguh memenatkan. Penat-penat aku pun sempat lagi tulis entry aku untuk hari ini.. Korang semua macam mana dengan hari ini? mungkin hari yang terbaik untuk korangkan? Hari ini bagi aku kurang best sikit sebab memang dah tahu yang hari ini aku banyak kerja kena buat.. Serius penat giler..
Pagi-pagi lagi aku telah diarahkan oleh bos aku untuk menggedarkan printer baru kepada user yang terpilih sahaja Lebih kurang 30 biji kami juruteknik komputer kena edarkan. Berbalik pada hari ini aku pagi tadi dapat berita yang buatkan aku sedikit seidhlah sebab buah hati aku nak balik ipoh pada hari ini. Ermm... Dia balik pun sebab ada tujuan. Aku paham..jgn bimbang ye Kasih..
Mula-mula dia kata kat aku yang dia nak balik hari rabu tapi setelah aku pujuk dia, dia setuju nak balik hari khamis..Dia sebenarnya cuti belajar selama seminggu. Minggu depan baru dia mula kelas balik. Dia balik awal pun sebab dia lupa nak bawa balik dia punya assignment jadi dia terpaksa balik awal..
Tapi pagi tadi dia tiba-tiba whatsapp aku yang dia terpaksa balik hari ini sebab kawan dia dari johor balik ipoh dan kunci rumah ada dekat dia. Jadi dia terpaksa lah balik hari ini juga.. Sedih jugalah dengar dia kata terpaksa dia balik hari nie juga...Sempat jugalah aku berjumpa dia waktu lunch tadi. Alhamdulillah..Terima Kasih kepada dia sebab sudi datang pejabat aku dan bagi Udang masak apa ntah..Terima Kasih sangat-sangat, walaupun aku tak dapat rasa udang tersebut. Mesti sedapkan udang masak Pelik tu.hehehehhe..
Aku doakan dia semoga selamat sampai ke rumah sewa dia di ipoh tu... Jalan hati-hati yer Kasih....
Penat aku pun hilang bila dapat melihat wajah dia yang manis..Take care ye Kasih.... Semoga assignment sempat siap sebelum kelas bermula semula. Sambil aku menaip entry nie aku sempat melayan lagu nasyid dari opick. Memang best lagu-lagu nasyid dia nie. TERBAIK....
No comments:
Post a Comment