Pagi itu
pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya
tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar
sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di
dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut
saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami
berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari
rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula
dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana
takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami
pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu
terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri
itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu
bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan
terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar
menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi
pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya
menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat
kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil
memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat
menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak
lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya
tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu
terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah
kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.
HAHAHAAHAH!! ayat sape nih !!! hahahahahaha :D gelak sampai sakit perut.. semuanya MATI... :P adoii!!
ReplyDelete