Saturday 29 December 2012

Game Online....

Assalamualaikum...


   Hari ini aku nak cerita sikit pasal game online yang aku sering main ketika aku tanam anggur dahulu.. CABAL SEA adalah game online pertama yang aku main setelah aku tamat dari pengajian aku. Mula-mula game ini diperkenalkan oleh abang aku. Pada mulanya dia mengajak aku dan adik aku untuk bermain game ini. Aku tengok memang agak membosankan. Tapi kalau dah setiap hari aku tengok abang dan adik aku main tentunya aku ada niat untuk bermain juga.






  
   Aku pun cubalah untuk cuba main game nie. Memang agak menarik jugalah game nie. Boleh jadi gian jugalah dibuatnya. Game ini mempunyai 6 jenis hero iaitu Warrior, Force Blader, Force Archer, Force Shielder, Wizard dan Blader. Hero yang aku guna adalah Warrior iaitu hero yang memakai pedang besar untuk menentang musuh.


   Lebih kurang 3 tahun aku main CabalSea ni. Lama-Kelamaan aku agak bosan jugalah dengan game nie. Aku mula bermain secara tipu iaitu hack menggunakan cabal rider yang dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mula-mula aku menggunakan software ini tidak kantoi oleh pihak asiasoft. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.


  Hero atau watak yang aku guna kena block/sekat oleh pihak asiasoft kerana mendapati aku menggunakan cabal rider untuk bermain secara haram.. Sejak mulai saat itulah aku stop bermain game ini lagi. Sekarang kawan baik aku pulak mengajak aku untuk bermain semula game online iaitu Ragnarok 2 oline sea.






   Akan ku cuba untuk bermain game ini pilak.hehehehe..Tapi masalahnya game ragnarok 2 sea ini akan bermula pada 3/1/2013. Iaitu tahun hadapan.. Oklah sampai kat sini dulu entry aku untuk hari ini. Kalau game ini best akan ku update semula dalam blog aku ini. Terima kasih.............



**Sila baca dalam keadaan releks n cool ye..hehehehehehe..........  

No comments:

Post a Comment