Monday 24 December 2012

Tak Akan Menjadi Bentuk Asal...

Assalamualaikum....


   Lebur duit RM70 sebab ketuk kereta semalam.. Bentuk dah xjadi seperti asal dah.. Macam dah tak berapa best. Terpaksalah aku buat bodykit untuk kereta aku..  Terima kasih kepada Yaya kerana sudi menemankan abang ketuk kereta semalam... Waktu aku tengok kereta aku semalam diketuk oleh mekanik, terasa sakitnya hati seperti dia memukul diriku..


   Teruk jugalah kereta aku diketuk oleh mekanik tu. bercalar balar dibuatnya. Aku malas nak buat cat sekali sebab ketuk dengan cat semua sekali RM300. Mahal giler kot.. Jadi aku ambil keputusan untuk ketuk sahaja. Kira kalau tengok balik tak adalah calar teruk sangat kereta aku tu..


   20minit jugalah kereta aku siap diketuk. Aku betul-betul terlupa nak minta resit dari bengkel tersebut. Kalau tak bolehlah aku claim balik duit aku kat kawan-kawan aku. Walau macam mana pun aku try je minta dari diorg duit repair ketuk.hehehehe...


   Lepas aku ketuk kereta aku dengan buah hati aku pun pergi tengok wayang. Cerita yang kami tengok ialah Jack Reacher..Agak bosan jugalah cerita yang kitaorang tengok nie. Tapi nie bagi aku lah pada 5 bintang aku bagi 3 bintang je..



   Bagi sesiapa yang nak menonton cerita nie..Selamat menonton ok?

1 comment: