Friday, 16 November 2012

Sportrim idamanku

Assalamualaikum.....


   Hari ini aku nak cerita pasal girlfriend aku. Haaaa.. Siapakah girlfriend aku ini? Girlfriend aku ini ialah benda tunganggan aku, iaitu kereta proton saga FL. Bagi lelaki kereta umpama girlfriend kedua ataupun isteri kedua oleh setiap lelaki. Kebanyakkan lelaki sanggup menghabiskan duit untuk mencantikkan kereta mereka termasuklah aku.

   Jadi bagi perempuan diluar sana janganlah kalian cemburu kepada lelaki yang menyanyagi kereta mereka sebab kereta adalah salah satu harta yang mereka ada untuk kemudahan mereka. Pada zaman ini kenderaan adalah salah satu keperluan harian kepada kita. Bagi yang kurang kemampuan motorsikal adalah kenderaan pilihan mereka.

   Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan rezeki yang diberikan olehnya aku mampu memperolehi kenderaan aku sendiri iaitu kereta proton saga FL. Aku memang sayang kepada kereta aku ini, sebab kereta ini sahajalah harta yang aku ada buat masa sekarang. Ini adalah salah satu titik peluh aku untuk membeli kereta idaman aku. Kebanyakkan budak-budak sekarang beli kereta menggunakan duit mak bapa. Jadi kereta yang mereka ada, mereka tidak hargai kerana bukan dari usaha titik peluh mereka.

   Semalam aku baru sahaja menukar sportrim dekat kereta aku. Lebih 3 bulan jugalah aku kumpul duit nak beli sportrim idaman aku. Kat sini aku ada gambar untuk korang tengok sportrim idaman aku. Bagi aku sportrim ni memang cantiklah. Mata manusia ni lain-lain. Aku tau ada yang akan cakap sportrim aku pilih ini tidak cantik. Lantak koranglah nak cakap apa? Yang penting aku tetap releks n cool.




   Inilah tayar kereta aku sebelum bertukar wajah. Biasalah aku beli kereta basic je. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Yang paling penting sekali kereta aku boleh berjalan. hehehe...






   Proses pertukaran rim kepada Sportrim. Gila tak sabar aku waktu menukar rim ni.  




  
   Inilah sportrim yang aku pilih. Macam mana ok tak? Kalau tak ok, peduli apa aku.heheheh..


   Sportrim pun sudah dipasang. Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita aku untuk membeli sportrim.



Inilah Kereta tunganggan aku. Lepas ni niat kat hati nak buat bodykit pulak.



   Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah memandu. Bila memandu tu pastikan anda semua dalam keadaan releks n cool ok? Lepas aku dah bodykit kereta aku, aku akan masukkan kedalam entry aku ini, Insya Allah...


** Kepada sidia, tolong jangan calarkan keretaku...plisss.....

1 comment: