Hari nie aku nak cerita sedikit pasal khawin. Sebabnya hujung-hujung nie banyak pulak dapat undangan perkhawinan. Siapa yang tak nak khawin ? Perkhawinan membuatkan seseorang lelaki dan perempuan menjadi sempurna. Apa-apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan-kawan aku yang melangsungkan perkhawinan mereka pada bulan ini dan bulan depan.
Aku rasa korang semua pun mesti dapat jemputan khawin dari kawan korang. Haaa yang dapat jemputan khawin dari ex-bf @ ex-gf tu janganlah kecewa ok? Korang pergi je ke majlis diorang. Anggap je yang korang tak ada jodoh dengan ex korang. Bila korang pergi ke majlis diorang tu yang penting sekali bawalah hadiah. Janganlah pergi dengan tangan kosong, tak molek pulak rasanya. Korang mestilah releks n cool ok. Jangan buat muka kecewa dah la.
Hujung-hujung tahun nie kan musim hujan, tapi yang aku peliknya ramai juga yang wat majlis perkhawinan mereka hujung-hujung tahun. Mungkin disebabkan musim cuti sekolah. Kebanyakkan yang khawin nie cikgu kot. hehehe. Tapi apa-apa pun kepada suami jagalah isteri kamu dengan baik kerana kamu diciptakan sebagai lelaki disebabkan untuk melindungi kaum wanita. Jagalah mereka dengan baik.
Kepada isteri pulak, jagalah makan minum suami. Bertolak ansurlah kalian didalam perhubungan kamu. Kepada yang ingin berkhawin jangan lupa pergi kursus kahwin. Aku pun tak pergi lagi kursus khawin. mungkin tahun depan aku pergi bersama sidia.
Kepada lelaki yang ingin nak mencari isteri. Selain daripada mencari perempuan kerana agamanya. Carilah perempuan yang mudah majlis perkhawinannya, rendah maharnya, Kerana perempuan yang memudahkan permulaan hidup bersama kita, Insya Allah tidak menyusahkan kita dalam kehidupan berumahtangga. - Ustaz Don -
Untuk ini sahajalah entry aku pada hari ini. Kalau korang ada yang tak puas hati ke atau ada penambah baikkan silalah bagi komen. Terima Kasih...
** Tak sabar rasanya nak berumahtangga..hehehehehe
No comments:
Post a Comment