Hari yang indah ini aku nak cerita sikit pasal kemarahan. Kenapa orang selalu marah? Haaaa.. Jawapan itu ada pada diri sendiri. Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: "Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda: "Jangan marah." (Riwayat Bukhari)
Perlukah untuk kita marah? Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita. Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain. Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. (Ali 'Imran: 134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?
Langkah-langkah untuk mengawal kemarahan :
Diam
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.
Istia'zah
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran
jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga
mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya
saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah
hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia
mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang
ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang
yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah
perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." (Muttafaq'alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.
Duduk
Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila
salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah
dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka
hendaklah dia baring. (Hadis riwayat Abu Daud)
Wudhuk
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk. (HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)
Jadi tidak perlulah kita hendak marah kerana perasaan marah ini membuatkan manusia lain tidak menyukai kita. Jadi kite mestilah RELEKS AND COOL ok?
** Kepada yang marah pagi tadi, harap bersabarlah. Jika kamu marah sebenarnya muka kamu sangat comel. hehehehe....
No comments:
Post a Comment