Monday, 12 November 2012

Masih adakah kasih sayang ibu?

Assalamualaikum...


   Hari ini aku nak cerita sedikit pasal kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Aku nak tanya korang semua. Adakah korang sayangkan ibu bapa korang? Aku tolong jawabkannya. Jawapannya korang tidak boleh sayangkan ibu korang seperti mana ibu korang sayangkan korang. Nak tau sebabnya? Sebabnya korang tanya diri korang sendiri.

   Tapi hari ini ada anak yang sanggup membunuh ibunya dengan kejam hanya mahukan duit sebanyak RM 10 sahaja.SubhanAllah.. Perangai manusia di akhir zaman ini sangat menakutkan.Ada juga seorang ibu yang sanggup nak membuang bayinya. Kebanyakkan ibu yang membuang bayi ini adalah akibat daripada perbuatan haram yang dilakukan oleh jantan (tak layak panggil lelaki) dan  ibu bayi tersebut.

   Biasanya kebanyakkan hubungan yang halal ataupun lelaki dan perempuan yang sah menjadi suami isteri akan menyanyangi anak mereka. Mereka sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Tapi ada juga ibu bapa yang sanggup memukul anak-anak meraka walaupun anak mereka tidak membuat kesalahan. Dimanakah kasih sayang ibu bapa pada zaman sekarang?

   Binatang lagi sayangkan anak mereka daripada manusia sekarang. Aku terasa kecewa melihat ibu bapa yang sanggup memukul anaknya tanpa belas kasihan.

















   Jadi aku sarankan korang semua kalau mempuyai anak. Sayangilah mereka kerana anak ini adalah anugerah Allah kepada korang semua.





  

1 comment:

  1. erkkk! gamba yang paling last tuuu mmg TAK CUTE!! eee.. geram je.. cian bby tuuuu :'(

    ReplyDelete