Hari ini aku nak cerita sedikit pasal orang yang teristimewa dalam hidup aku. Dah tentu-tentulah ibuku orang yang teristimewa. Maksud aku selain ibuku. Aku harap bila dia membaca entry nie dia tau yang aku amat mencintai dia.
Aku tak ingat bila dia masuk praktikal di pejabat aku, yang aku tahu sejak pertama kali aku nampak dia aku dapat rasakan sesuatu. Pertama kali aku nampak dia dalam hati aku berkata " Manis wajah dia". Macam biasalah kalau orang baru masuk kerja di tempat aku nie, akulah yang terpaksa menyediakan segala peralatan komputer. Aku niekan juruteknik komputer di tempat aku.
Adalah suatu hari ini dia mintalah 'Domain' kat tempat dia. Tempat dia ni memang dah ada komputer tp komputer tu nama orang lain jadi dia mintalah komputer letak atas nama dia. Pergilah aku ke tempat dia untuk membuat Domain yang telah di arahkan oleh pegawai aku. Sesampai je aku ditempat dia jantung aku berdegup agak kencang jugalah tapi disebabkan aku releks and cool dia tak perasanlah keadaan aku. Semasa aku membuat kerja aku, dia ada jugalah cuba bersembang dengan aku. Punya banyaklah dia tanya, sepatah je aku jawab. Almaklumlah aku ni kan seorang yang pemalu. Malu tapi mahu bersembang dengan dia.
Setelah kerja aku selesai membuat domain. Aku pun beredar dari situ tapi sempat jugalah dia mengucapkan terima kasih kat aku. Sidia nie duduk betul-betul kat depan kawan perempuan yang suke aku usik. jadi aku pun suke lah lepak kat tempat dia nie. Tapi aku lepak kat situ sebab nak mengusik kawan perempuan aku ni. Ada jugalah sekali-kali aku curi pandang sidia nie. Tapi sidia ni pulak berkawan dengan kawan lelaki aku, agak jeles jugalah aku tengok diorang nie bemesra.
Adalah satu hari nie dia cuba tegur aku. Dia panggil aku dengan nama samaran yang agak memalukan aku.Nama samaran tu adalah "MOK". Mok kan bermaksud gemuk. Tapi biasalah akukan relesk n cool.hehehe. Aku anggap je gurauan dia tu macam budak-budak. Aku sikit pun tak ada sakit hati. tapi dalam masa yang sama aku cakap dalam hati " satu hari nanti mesti engkau sukakan aku ' macam satu doa pulak.
Selang beberapa minggu. Aku nampak dia nie makan sarapan bersama kawan lelaki aku. Masalahnya kalau makan bersama aku taklah kisah sangat tapi dia makan satu pingan kongsi berdua. Hancur hati aku waktu itu. Dia ada juga ajak aku makan sandwich yang dia buat tapi aku menolak cara baik sebab aku kecewa waktu itu. Sedih jugalah waktu itu tapi macam biasalah tetap relesk n cool..heheheh...
Pada suatu hari adalah dia Whatsapp aku. Memang terkejutlah apa yang dia cakapkan waktu itu. Dia cakap "saya sukakan awak". Fuuhhh!!!! berderau darah aku waktu itu. Macam biasa lagilah aku still releks ncool. Aku ingatkan waktu itu dia nak mengusik aku atau nak main-mainkan aku. Jadi aku tak kisahlah, tapi memang aku suke sangat bila dia kata macam tu kat aku.
Pada hari isninnya bila aku berjumpa dia, aku tidak dapat berkata-kata dengan dia, lidahku menjadi kelu. Mungkin aku terasa malu dengan apa yang dia katakan kepada aku. Lagipuan kata-kata dia itu aku anggapkan main-main saje. Sebab bila korang tengok dia ngan kawan lelaki aku itu nampak macam diaorang sedang bercinta. Mana-mana diorang pergi mesti berdua.
Gambar sekadar hiasan
Tiba 16 September 2012 iaitu hari Malaysia, menjadi sejarah kepada negara kita bahawa hari memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Tapi bagi aku tarikh tersebut menjadi sejarah dalam hidupku. Aku cuba memberanikan diri untuk bertanyakan tentang whatsapp yang dia hantar kepadaku dengan mengatakan yang dia sukakan aku. Dia menjawab dengan jujur soalan yang aku tujukan kepada dia. Memang dia mengaku dia sukakan aku. Perasaan aku pada waktu itu betul-betul gembira teramat sangat. Aku pun cuba memberi peluang kepada dia untuk berkawan dengan lebih rapat.
Sehingga hari ini dia masih lagi menjadi cinta hatiku. Syukur, alhamdulillah.. Mama dia dan mak aku merestui hubungan kami. Mungkin doa aku telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Doa yang mana " satu hari nanti pasti engkau akan sukakan aku".hehehe...
** Untuk sidia.. Aku nak kau tahu yang aku amat mencintaimu.. Jika kau dah baca entry aku ini tolong berikan aku jawapan kau terhadap aku melalui whatsapp...Akanku tunggu jawapan darimu....
No comments:
Post a Comment