Assalamualikum...
Aku ada terbaca satu cerita tentang seorang lelaki yang sanggup membuat perkara yang tidak terduga oleh sesiapa pun. Jom kita hayati kisah ini...
Kisah ini berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan
ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih
mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung
sesiapa...lengang, sepi!
Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada
ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat
kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah
menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.
Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun
mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut,
tanpa disedari, dia sudah tertinggal.
Trainer yang lain ingat semua cikgu dah ada dalam bas, so mereka pun
balik.
Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati,
cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.
So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start
lah letih dan menangis panggil mak ayah.
Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so
dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan
lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia
tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.
berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di
selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda
didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...
Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia
je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.
Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu
tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain
digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.
Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.
Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan terus
bakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa
lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut...
Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......
Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asal
nya.
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat
mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki
sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut yang
amat sangat.
Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar
sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si
bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
bertanya kenapa...??????
So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebab
kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau
membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari
berfikir memperkosa perempuan tersebut.
Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut
jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada
lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya
perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur
di katil nya 2 malam yang
sudah..
MOTIF CERITA...
Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup..
best nyee citer ! khusyuk bace !!
ReplyDeleteBestkan..heheheh....mula2 sy baca pun best..banyak kali da baca...
Delete